Thursday 1 November 2012

Kata-Kata nasihat..


Untuk semua orang



Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.

Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta adakekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akalmengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Majlis Perpisahan KKPB


Gambar terakhir di majlis perpisahan KKPB

 SITI NOR FATIHAH
&
NUR WAHIDATUL AIN

Hanya berdua sahaja kawan saya yang sorang lagi tu tak dapat hadir sebab dah membawa diri di kuala terengganu... apa2 pon Nor Aziemah sentiasa kami ingati dan tak lupa juga kepada Arwah Nor Zahidah, kau sentiasa di dihati kami..

KENANGAN TERAKHIR DI KKPB

6/6/2012 Hari terakhir di KKPB

Kenangan terakhir bersama kawan2 di KKPB, maka berakhirlah gelaran aku sebagai seorang pelajar, masa berlalu dengan pantas tanpa disedari, dalam masa 2 tahun belajar bersama-sama dengan kawan-kawan memang sentiasa mengamitkan setiap kenangan yang ada, tak akan ku lupakan sampai akhir hayat ku... akan sentiasa ku ingatkan 2 orang sahabat baik ku dikala susah dan senang, mungkin dulu memang 3 tapi sekarang 2 je, yang satu lagi sentiasa di dalam hati dan ingatan ku...

Di KKPB banyak meninggalkan yang pahit dari yang manis tapi apa boleh buat setiap pelajar akan laluinya, samalah dengan diri ku ini... Sentiasa merindui kepada Pensyarah2 yang banyak membantu ku selama ni, rindu akan Dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, dataran KKPB dan tempat santapan ku dengan kawan2 ku iaitu di kafeteria KKPB...

Semua kenangan itu akan sentiasa tersemat di hati ini... i love you all my friand...




Akhrinya berjaya juga..hehe

Sekian lama aku mencuba akhirnya boleh jua..nasib baik ada yang sudi menolong, kalau tak memnag tak terbukanya blog ni...Nasib-nasib, tp Alhamdulilah lepas ni tak akan lalai lagi.
Dalam keadaan lama tak buka blog ni macam-macam perubahan yang ada dah jadi lain sangat, macam tak biasa dah nak main post2 ni..tapi nampak cantik dan kemas, kalau nak di ikutkan memang rindu design yang dulu lagi senang, tak kisahlah yang penting blog aku boleh di buka semula..(-___-)

Tuesday 13 March 2012

Naratiwat Thailand

minum air kelapa wangi bersama adik

atas kereta nak pergi pattani

kedai yang unik dan perbagai jualan

gambar masa makan buah tar
sedappp gilerrrrrr...

gambar kenangan bersama saudara -mara kt thailand

di pantai naratiwat

di pantai naratiwat





Monday 5 March 2012

go to ikip


gambar bersama di bilik pameran


gambar bersama cik syafizah iaitu pensyarah kelas


gambar bersama student kolej komuniti & ikip


gambar bersama kawan-kawan ala-ala satu malaysia


Gambar bersama kawan-kawan SmP 2012


1 gambar membawa seribu makna
setiap gambar membawa erti yang penuh makna dan kenangan manis..
i love u all my frend

Tuesday 28 February 2012

love drama korean my princess







kepada sesiapa yang belum tenguk drama ni memang rugi, kalau nak tahu cerita ni macam mana..so sila lah tenguk...best sangatttttttttt...
layan habissssss..


Monday 27 February 2012

mmmmeeeeeyyyyyyuuuuuummmmiiiiiii



bestnyeeeeee


laaa, sebenarnye x susah pun nak wat aiskrim goreng ni... mudah, senang, ringkas dan yang paling penting ia sedap sangat-sangat.. sangat rangup dan tak cepat cair...

kalau korang nak rasa sila lah cuba, cari lah di mana ada jual..
yang penting sangat-sangat sedap..
^_^ 

Sunday 29 January 2012

Dengan Alhamdulilah Ku Lafazkan

Assalamualaikum, syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA aku masih bernafas di muka bumi ni. syukur kerana di panjangkan lagi umur dan di murahkan rezeki... sedar tak sedah dah akhir bulan 1 dah and nak menjelang bulan 2, huhuhu..cepatnye masa berlalu dugaan demi dugaan aku jalani, masih boleh bersabar dan aku harus bersabar...kehidupan aku di kolej alhamdulilah, kawan-kawan masih melayani aku sama seperti dulu...tapi kekurangan seseorang ahli kumpulan, dah hampir 3 bulan arwah meninggalkan aku dan kawan-kawan yang lain... kerinduan amat kuat mencenkam di hati dan jiwa...harap dengan kesabaran yang mampu aku menjadi kuat...

Tuesday 3 January 2012

Tahun Baru 2012

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana berakhir sudah tahun 2011, dan menjelang tahun 2012..begitu cepat masa berlalu. pada tahun baru ni harap tertunailah segala keinginan dan harapan, insyaallah..semoga tuhan jauhilah segala mara bahaya dan kesukaran hidup. semoga Allah s.w.t kekalkanlah dan panjangkanlah hubungan pertunangan ni, sehingga ke jinjang pelamin..permudahkanlah jalan bagi diriku ini..Amin